Iklan

Tinggal Kenangan..

Selasa, 23 Mac 2010

Luahan hati seorang pelajar di Yaman..

Pengalaman bersama orang Yaman

Assalamualaikum...Addirani baru jer balik dari sebuah institut bahasa kat sini...
Addirani berada di luar negara ini (Yaman) sudah memasuki tahun ke 3. Selama hampir 3 tahun ini Addirani rasa sungguh sedih apabila melihat & berurusan dengan bangsa arab. Sebahagian besar mereka ini suka menyusah & melambat-lambatkan urusan terutamanya apabila berurusan dengan orang wafidin (orang luar). Ini lah sifat yang tidak patut ada pada kita sebagai orang Islam. Islam itu mudah tetapi sebahagian orang Islam yang suka menyusahkan urusan.
Di sini Addirani rasa ingin berkongsi satu kejadian yang menyakitkan hati ketika berurusan dengan sebahagian orang arab di sini.
Kejadian yang Addirani tidak dapat lupa ketika Addirani ingin berdaftar di sebuah universiti di sini. Pendaftar universiti itu mahu sijil mengengah Addirani dicopkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Yaman, sedangkan universiti lain tidak minta pun cop kementerian itu, cukuplah sekadar Kementerian Luar Yaman. Addirani bersama kawan lama pergi ke kementerian itu dan minta dicopkan sijil. Apabila Addirani tiba di kementerian itu, Addirani terpengun melihat suasana yang sungguh tidak dapat dibayangkan. Suasana seperti sebuah pasar yang kalut dan tidak dapat dikawalkan. Siapa yang kuat & berani dialah yang dapat berurusan dahulu. Addirani melihat ada kuanter untuk wafidin (orang luar) namun tiada seorang pun petugas di kaunter itu. Addirani buatlah seperti arab lain dengan sekuat tenaga yang ada Addirani menuju ke hadapan kaunter yang ada petugas dan meminta dicopkan sijil, tetapi petugas itu meminta pula dari Addirani surat dari universiti. Addirani agak marah dan mula mninggi kan suara, namun tidak dilayan. Addirani pulang ke universiti dan minta surat dari pendaftar itu, namun pendaftar itu memberi alasan bahawa dia tidak dapat mengeluarkan apa-apa surat kerana Addirani belum berdaftar. Addirani rasa sungguh marah dan sedih. Sehingga bila urusan mahu selesai kalau begini???pendaftar mahu dicopkan dulu baru boleh daftar dan dikeluarkan segala surat menyurat, kementerian mahu surat dari universiti. Kedua-dua petugas ini berkeras kepala tidak mahu mengalah. Akhirnya selamat tinggal lah universiti itu. Addirani langsung tidak berdaftar di universiti itu.
Kesabaran perlu ada ketika berurusan dengan arab. Perkara tangguh itu perkara biasa. Perkataan "Bukrah" itu wajib dengar ketika berurusan dengan mereka. Bukrah maksudnya esok tetapi esok arab esok yang tiada penghabisan, kadang-kadang esok itu boleh sampai sehingga setahun. Kalau mahu cepat atau segera perlu bertengkar atau membawa orang arab yang ada pangkat seperti pegawai tentera dan sebagainya. Ini ketika berurusan dalam pejabat, jika berurusan dengan pekerja cara lain pulak.
Beginilah cara berurusan dengan sebahagian orang arab yang tidak pernah melihat dunia luar & berkeras hati. Walau bagaimanapun Addirani rasa sungguh beruntung kerana berada di Yaman ini kerana Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: ((selembut-lembut hati adalah orang Yaman)) & ((Iman itu di Yaman & hikmah itu juga di Yaman)).
Ada seorang syeikh sedang mengajar hadis ini kepada kami. Bangsa Arab Yaman seperti berbangga dengan hadis ini, namun syeikh itu berkata bahawa itu ketika zaman Nabi, sekarang sudah tidak ada lagi. Walaupun syeikh itu berkata begitu namun masih nampak akan kelembutan hati mereka berbanding dengan arab negara lain.
Addirani berharap agar sesiapa yang mahu berurusan dengan bangsa arab diharapkan agar banyak-banyak bersabar kerana memang begitu sifat mereka. Kita yang bukan bangsa arab perlu tunjukkan kelembutan kita tetapi kadang-kadang perlu juga berkeras.


0 komen:

Ruang Iklan

Klik sini untuk jadi agen topup EasyReload

Waktu Malaysia

Waktu Yaman

Waktu Solat

Chat Sikit..

Dari Mana?