Iklan

Tinggal Kenangan..

Rabu, 23 Disember 2009

Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan






Ahad, 20 Disember 2009

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

Ingatkah lagi anda berkenaan dengan isu kematian Beng Hock yang mendapat perhatian yang begitu meluas?

Di sini dapat dilihat penglibatan yang sangat agresif dalam kalangan pemimpin politik seperti dari MCA, Gerakan, dan DAP.Ketua wanita MCA mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan sebagai sah taraf dan bukan anak luar nikah sedangkan mereka belum berkahwin.

Persoalannya disini mengapa begitu ramainya perempuan melayu yang telah melahirkan anak hasil daripada zina tidak pula ingin dibela seperti kes tadi. Apa yang HARAM adalah haram. Malaysia dikatakan tidak mengamalkan kebebasan beragama, bukan sahaja didalam negeri tetapi turut dihebahkan oleh pengkhianat bangsa(yang ingin membentuk kerajaan satu ketika dahulu) sehingga keluar Negara semata-mata untuk menagih simpati dan memburuk-burukkan tanah air sendiri.

Sedangkan kita semua sedia maklum rumah ibadat orang bukan islam(hindu, Buddha dan kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau(fakta). Jumlah kuil sahaja telah melebihi masjid dan surau ini belum dicampurkan dengan agama lain. Sedangkan kita sedia maklum bahwa islam adalah agama rasmi persekutuan Negara dan rakyat islam adalah majority.

Pada hemat saya berfikirlah wahai orang bukan melayu islam, jangan bangkitkan isu agama yang suci yang dikawal selia oleh raja dan sultan , tolong hormati kepentingan kami. Seterusnya para sultan perlu bergerak aktif jangan sekadar duduk selesa membiarkan agama kita dicalar hari demi hari.

Kes murtad di Malaysia semakin meningkat di Malaysia. Malaysia seharusnya serius menyebarkan fahaman sebenar dalam khalayak ramai agar tidak dipandang serong. Nah, isu fateen yang berkahwin dengan warga british (sesama lelaki) sungguh memalukan. Gerakan dakwah agama lain juga semakin hebat terutamanya di Sabah.

Mungkin anda merasa bosan untuk membacanya lagi tetapi percayalah bahwa melayu seakan-akan terhimpit dibumi sendiri. Pernahkan anda terfikir barangan apa yang anda guna seharian??? Makan, minum dan sebagainya adakah produk islam yang halal. Saya syorkan anda membuat kajian yang teliti bagi setiap barangan yang dibeli, bahan2, pemilik dan sebagainya. Kini banyak syarikat pengeluar bukan melayu islam berani menggunakan nama islam/melayu untuk mengaburi mata kita.



Sedarlah wahai bangsaku!!! Wang yang kita laburkan tidak dapat membantu bangsa kita sendiri sebaliknya kita dipijak. Situasi ini banyak kita lihat terutamanya dikawasan perumahan terutamanya di pantai barat semenanjung. Walaupun kawasan melayu tetapi kedai2 yang dibuka kebanyakan dari bangsa lain. Ayuh, mana semangat kita, kita tidak mampu berdiri sendiri??

Memang tidak dinafikan bahawa melayu kekurangan modal. Oleh itu, golongan melayu koporat perlu mengambil peranan segera. Sokonglah syarikat melayu seperti co-halal, permata hijrah dan lain2. Pernahkah anda terfikir adakah syarikat melayu yang menjadi pengeluar bahan mentah seperti sayur, ikan ataupun barang2 runcit. Sangat kurang!!! Dimana kita setelah 53 tahun merdeka ???

Kita masih lagi leka.. memang melayu mudah lupa.. tetapi kita perlu sedar segera dari sekarang. Kita tidak mampu mengeluarkan beras untuk diproduksikan sebaliknya bangsa lain mengambil keuntungan menjual beras dari setiap pelusuk Negara, bagaimana pula dengan gula, susu, dan lain2 keperluan asas. Adakah anda masih tidak sedar melayu dimana?????

Kita hanya pengguna dan juara dalam politik. Sungguh bermurah hati wahai melayu jangan sehingga melukut di tepi gantang. Melayu hanya mampu menggamit pengguna menyertai skim2 yang pelik seperti baru2 ini petronas menggunakan system pyramid. Malangnya ramai terlibat terutamanya melayu bagi mendapat keuntungan segera, pernahkah anda terfikir sama ada ia halal atau tidak??? Melalui pembacaan yang dibuat ia tidak halal kerana mempunyai ciri judi, gharar, syubahat dan lain2. Sila rujuk majalah solusi isu no.13, terdapat artikel berkenaan perkara ini.

Saya menyeru kita sebagai yang prihatin tolonglah sedarkan bangsa kita walaupun dari mana bidang anda berada, mulalah segara, yang penting,
TOLONGLAH RAJIN MEMBACA AKHBAR terutamanya MINGGUAN MALAYSIA dan majalah2 ilmiah lain, kerana ia menekankan isu bangsa kita sendiri. Jangan berlengah lagi, tanah melayu semakin lama semakin berkurangan diambil orang, dijual. Melayu malas mengusahakan tanah dikampung dan dibiarkan hutan lebat. Tolonglah wahai anak2 yang terbuka minda yang luas buatlah satu lonjakan paradigma segera membantu bangsa kita ini.PERPECAHAN BANGSA MELAYU juga amat serius, mengapa jadi begini? Kita seagama bantulah dan bergabung. Kita bangsa yang menganut agama islam teramai di Negara ini jadi sedarlah arah bangsa kita.

Penggabungan dengan parti pembangkang yang terlalu racist harus dielakkan segera kerana tidak memberi apa-apa manfaat kita. Tolonglah sedar, pada 19 disember 2009 akan diadakan konvensyen diantara PAS, PKR, dan DAP bagi memperolehi persetujuan membentuk satu parti. Adakah ketiga-tiga parti yang mempunyai matlamat berbeza dapat bergerak serentak.??? Fikir-fikirkanlah.. terbentuknya parti seperti ini memudahkan parti lain untuk bertapak di Kelantan dan lain-lain negeri2 lain.

Pernahkah anda terfikir pertemuan LEE KUAN YEW dengan menteri besar Pulau Pinang membawa maksud yang begitu tersirat????? Lee Kuan Yew mengajar bagaimana memenangi hati melayu dan tektik menguasai pemikiran melayu… lihat sajalah apa yang terjadi pada Perak ketika dahulu sungguh meruncing dimana PAS hanya sekadar diperkotak katikkan pabila ingin menegakkan hal2 agama di Perak.

Masih butakah anda… saya menyeru kepada bangsaku, agar janganlah terlalu kuno atau duduk setempat sahaja sebaliknya berjalanlah serata bumi melaysia ini untuk memahami situasi sebenar… saya sangat menyayangi bangsa kita… dimana semangat kita???? Saya tidak meletakkan parti mana yang terbaik, tetapi fikirlah tentang agama, bangsa dan tanah air kita ini.

Mereka DAP mempunyai hasrat menguasai Malaysia, mereka menguasai dua pulau di selatan dan utara… tidak pernahkah anda terfikir, mereka berusaha membentuk Negara republican di Negara ini dan bercita merombak perlembagaan Negara. Singapura sebagai lead telah memperuntukkan sejumlah wang yang amat tinggi dalam ketenteraan. Malahan menjadi pelaga antara Malaysia dan Indonesia tentang isu tarian pandet. Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan pimpinan islam di Malaysia bagaimana mereka masih berpeluang memegang ekonomi Malaysia, lihat saja senarai 10 orang terkaya di Malaysia siapa???? Siapa yang teramai miskin di tanah air ini??? Melayu juga!!!! Mereka masih tidak puas hati….

Menuntut pelbagai perkara… semaksima mungkin… sekurang-kurangnya mereka memperolehi sedikit. Saya memohon kepada bangsaku bantulah kerajaan. Perbaikilah mereka, Bersangka baik kepada mereka. Mengapa bangsa lain sehingga sekarang tidak dapat menerima idea sekolah wawasan(menggabungkan pelbagai bangsa) mengapa???? Masih mempertahankan SKJC, di mana mereka di bidang ketenteraan, dimana semangat mempertahankan Negara???

Kerajaan amat prihatin mewujudkan PLKN… Malaysia masih tidak adil?????Pernahkah anda terfikir nasib rakyat islam di selatan Thailand, Filipina, kemboja, afrika, Iraq, Afghanistan, palestin???? Bersyukurkah kita berada di bumi ini???? Menerima kurang bencana alam berbanding Negara lain.. fikirlah… persoalannya dimana cerdik pandai bangsa kita berada seperti dari MRSM, sekolah berasrama penuh, overseas,?? Adakah mereka tiada semangat patriotik???Sayangnya… rugi kerajaan membelanjakan wang??? Dipundak mereka terletak tanggungjawab yang besar, kalau tidak mereka siapa lagi???? Jangan ambil mudah tidak memikirkan perkara ini. Siapa lagi ingin membela jikalau tidak kita.?

Terlalu banyak fakta yang boleh dikatakan disini, anda tahu bahwa kita sangat rugi tidak tahu bahasa mandarin . Anda tahu bahwa apa yang ditulis di dalam surat kabar mereka??? Mereka kerap kali dan hampir setiap hari membangkitkan isu bangsa dan hak mereka. Mereka amat risau kita tahu berbahasa cina kerana itu kurangnya kursus bahasa cina disediakan.

Sedarlah bangsa ku… walaupun kata2 ini begitu pedih tetapi sedarlah bangsaku.. saya tidak mengatakan semua bangsa tersebut racist tapi anda sendiri boleh menggunakan akal berfikir. kita perlu bangun.. sokonglah produk islam seperti safi, shurah, mukmin walaupun bukan sepenuhnya melayu islam tetapi terdapat kerjasama, kita perlu berusaha dari bawah. Kalau anda ingin tahu .. pernah tak anda dengar HPA???? Ia merupakan sebuah syarikat islam melayu sepenuhnya dan sedang berkembang terutamnya di kedah seperti radix, rfc dan akan datang pelbagai barangan serba serbi akan dikeluarkan seperti pakaian, susu, gula, beras. Mereka pun mengakui bahwa sukar untuk menjadi pengeluar beras kerana golongan cina menyekat kemaraan mereka. Oleh itu mereka terpaksa berusaha sehingga ke selatan thailand untuk mendapat sumber beras. Oleh itu, boikotlah barangan yang tidak seharusnya kita beli.

Berapa ramai orang bukan melayu islam yang makan, minum dan membeli di kedai melayu??? Kita yang terkebil kebil membeli di kedai-kedai mereka. Jangan berlengah lagi wahai bangsa hang tuah… cubalah berusaha menyokong produk islam dari sekarang dan cuba berniaga satu hari nanti. Hindari perkara haram, berusaha secara berjemaah dan hindari dari dengki, dendam dan sebagainya. Melaburlah di dalam HPA bantu mereka wahai orang kaya islam…. Jangan lah memenuhi kepuasan diri sendiri sahaja sebaliknya duit kita adalah hak kepada ummah seterusnya.

Sekarangnya bukan masanya untuk mendoakan keburukan kepada orang islam lain yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan Negara. Anda menonton rancangan 360 di tv 3 baru2 ini, isu halal haram. Sebenarnya terlalu banyak barangan haram di Malaysia ini tanpa kita dapat
menduga. Di kedai tepi jalan, kosmetik, makanan segera, sehinggakan pihak jakim turut tidak dapat membendung mereka. Anda seharusnya cakna dengan symbol halal yang terkini, kerana symbol halal yang lama tidak diiktiraf lagi. Justeru janganlah sehingga ekonomi halalpun dipegang oleh agama lain. Seharusnya mereka tidak boleh campur tangan dalam perkara ini.

Saya memohon maaf kepada sesiapa yang terasa kerana saya tidak berniat sebegitu Cuma menegakkan apa yang benar. Sekiranya anda mempunyai komen ,cara dan pandangan sila hantar kepada alamat email saya
rid_mich1989@yahoo.com.my.

Terima kasih kerana membaca. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan agar banyak membaca seperti majalah Solusi, Al-islam, Mingguan Malaysia, I islam dan pelbagai hasil tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee, dr. Asri, dan pahrol Juoi. Tunggulah artikel yang seterusnya.. saya meyeru agar sebarkan artikel ini..

(sebahagian fakta diperolehi dari Dr. Mohd Ridhuan Tee memiliki Phd dalam Cina diMalaysia)


Jumaat, 4 Disember 2009

Proses Penciptaan Manusia


Kebesaran Allah s.w.t....


Berikut merupakan beberapa gambar pilihan fotografer Sweden bernama Lennart Nilsson. Dia terkenal dengan gambar2 in vivo embrio manusia dan subjek2 kedoktoran lainnya yang dulu dianggap tidak boleh diabadikan melalui gambar.

Dia menggunakan sebuah endoskop untuk membuat gambar2 menakjubkan ini!

Dalam siri ini, dia mengorek semua rahsia - bagaimana kehidupan bermula!!! Bukti keagungan Tuhan!!!
Ini bukan ilustrasi, bukan pula hasil ilustrasi.. This is real!!!







Perjalanan panjang sperma menuju sel telur:





Sperma yang telah bersusah payah berenang sedia membuahi sel telur..



Pembuahan:



Dinding rahim yang baru siap dibuahi:



Sel telur yang dibuahi menuju dinding rahim:





Embrio mulai terbentuk, disini yang terlihat adalah awal pembentukan kepala:



Sudah mulai terbentuk:

























Manusia sempurna, yang sedia berjuang melawan hidup...







Rabu, 2 Disember 2009

oP3nHoU53 2oo9

=====================================================
Inilah dia geng Ashaabulkami pada hari raya ke3 2009..Akhirnya terlaksana juga program yang penat2 kami susun..Sori la coz lambat sangat nak update yg nie..blogger sibuk belajar bahasa arab ngan ahli dakwah Yaman..
======================================================




Inilah wajah2 ceria kami (padahal tengah penat smua) pada pagi raya ke3..

----------------------------------------------------------------------------


Bila dah ramai camni,mula la sembang2 merapu..Si Firdaus tu duk cerita pe sampai tangan xsenang duduk..
----------------------------------------------------------------




Time ni tetamu2 dari hadhramaut baru sampai..Jemaah diorang dalam 15 orang

-------------------------------------------------------------------------


Ni geng kami tengah bermesra ngan orang kuat PERMAYA
------------------------------------------------------------------


Amacam?Nampak meriah tak?Tetamu bukan saja dari sekitar Yaman,bahkan Mesir pun ada..

----------------------------------------------------------------------


Posing terakhir geng Ashaabulkami sebelum menyerbu tilam masing2 dek kepenatan..
----------------------------------------------------------------









Selasa, 13 Oktober 2009

Persiapan OPENHOUSE 09

====================================================================
Walaupun tahun ni merupakan tahun pertama kami beraya di bumi Yaman,kami berjaya melaksanakan 1 program yg ckup hebat...dengan berbekalkan tenaga ashaabulkami dan sdikit bantuan dari tetamu kami(Faizol n Marzuq),majlis yg kami raikan menjadi cukup meriah.. 1 malam kami tak berehat.masing2 bertungkus lumus nak menjayakan majlis openhouse kali ni..jom ushar2 skit pe kitorang wat..
====================================================================

Amir ni paling rajin basuh periuk..
p/s:Ha mir,jangan ckp aku x buh gmba ko lak..awal2 aku buh..;p

......................................................................................................................

Nasi impit ni baru siap... nampak cam dadah la pulak...huhu..
......................................................................................................................


Hanis ngan Amir tgh siapkan peralatan masak...
.......................................................................................................................


Tuan guru Hj Hassan tengah pasang bukhur(pewangi bilik)
..........................................................................................................................

Omar tgh angkat nasi impit yang baru siap..
......................................................................................................................

Bukan senang nak pasang ketupat..dah miskin sangat xde krusi..emm,makluman sket,ketupat2 kitorang ni dah di kalerkan ngan warna2 negeri kitorang..2 yg kalerful..
.....................................................................................................

Sume wat2 cara...
.......................................................................................................................

Shakir tgh potong daging kambing panggang...
.................................................................................................................

Banner yg dah siap...hasil sentuhan seni dari Faizul..Khat tu yg aku maksudkan..yg conteng2 kt tepi tu aku xtaw sape..

p/s: Faizol,kitorang ucap mekasih banyak2 coz sudi siapkan banner sempoi ni kat kami..

.....................................................................................................................

Pakat2 posing ngan banner baru...
......................................................................................................................


Fezol tengah sungguh2 kerat nasi impit
..................................................................................................................


Akram pn wat2 rajin tym ni..
...................................................................................................................


Waktu persiapan tempat..
...............................................................................................................


Sume sampah2 dibasmi..
.............................................................................................


Dapur gas pn kena bersih gak...
...........................................................................................


Tau aku nak tangkap gambar,dan2 sume posing...wakaka...
..........................................................................................................................


Ni bahagian panggang memanggang...
......................................................................................................................



Agak2 tgh wtpe tu?
............................................................................................


Bukan kertas yg aku pegang tu..daun...nk wat ktupat...
..................................................................................................................


Ni sume tukang masak sempena openhouse kami kali ni...
nasi minyak ko memang zein Marzuq!!Len kali datang ziarah kami lagi...

.......................................................................................................................




Selasa, 29 September 2009

Pagi raya

========================================================
Pukul 6.30am smua dah bersiap nk gi solat raya di rumah encik Hamdan (sekretari ke3 kedutaan)..rasanya xde yg tertinggal kali ni,smua ikut..tetamu kami dari mesir pun ikut skali...ada 4 biji bas datang amik kami di depan jamiah iman..
========================================================

Geng Ashaabulkami je dah 1 bas..huh..

.......................................................................................................................

Aku xdan duduk dah amik gambar..

....................................................................................................................

Ni tengah takbir raya...

.....................................................................................................................

Hebat x hebat geng kami,sorang jd pengacara...

.................................................................................................

Ni tym khutbah...

..........................................................................................................................


Mcm biase la,sape xboring dgr khutbah....haha..

.......................................................................................................................

Ni dia Duta Besar Malaysia ke Yaman...En.Samad

........................................................................................................

Salam2,peluk2,cium2...dh jd macam org yaman...walaupun berbaju melayu...

...........................................................................................................................................

........................................................................................................................

.......................................................................................................................

.......................................................................................................................

<<<>>>

........................................................................................................................

Perangai kami x sama ngan orang yaman ialah bab beratur...org yaman jenis kalut,xsabar2..org melayu ni beradab...so,kat mana2 pn kita sentiasa beradab...

........................................................................................................................................

Kat tangga pn jadi kerje...

.................................................................................................................

Diorang ni duk ngumpat sape ntah...wakaka..

....................................................................................................................

Ha...nampak meriah x?

................................................................................................................

Menu pagi raya kat sini nasi himpit kuah kacang ngan sup...

...................................................................................................................


<<<>>>

.....................................................................................................................

Ni dia banner openhouse..

..................................................................................................................

Bermesra ngan pakcik Din...

...................................................................................................................

Bila lagi nk bgambar ramai2...

....................................................................................................................

Aduh,sape ntah kat ujung tu,dia sorang tangan masuk lam poket...
.................................................................................................................................

<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>




Ruang Iklan

Klik sini untuk jadi agen topup EasyReload

Waktu Malaysia

Waktu Yaman

Waktu Solat

Chat Sikit..

Dari Mana?