Iklan

Tinggal Kenangan..

Jumaat, 4 September 2009

Bolehkah seseorang keluar berdakwah bila dia tidak tahu solah jenazah dan makna 1 ayat pun dari Quran?

Maksud usaha dakwah iaitu dakwah dan tabligh adalah belajar menghayati agama dan mengajak orang ramai menghayati agama.

Ramai orang yang pada mulanya amat jahil mengenai agama, tetapi
setelah keluar bersama berdakwah selama 40 hari sekali atau dua kali, mereka dapat belajar memperbetulkan solah, wudhu’, mandi, Quran, solah janazah, dan berbagai aspek agama yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin sepanjang hayat jika belajar di rumah disebabkan kesibukan dan tanggungjawab yang lain – itu pun jika mereka berpeluang beri masa untuk belajar.

Ramai yang telah mempelajari hadith2 dan boleh memberikan bayan ( ucapan) seperti seorang ulama’. usaha dakwah dan tabligh juga berperanan seperti madrasah dan menawarkan kaedah mudah untuk menghayati agama untuk orang ramai yang tidak dapat belajar agama secara formal di madrasah.

Dan Allah Ta’ala Maha Mengetahui..

Oleh Hadhrat Mufti Mahmud Hassan
Gangohi (rahmatullah alayh), Mufti
Besar Darul Uloom
Deoband,Saharanpur,Uttar Pradesh,India
dikeluarkan pada 24 Muharram 1388
(dipetik dari kitab Fataawaa
Mahmudiyyah (urdu)(Jilid 12 m/s 235-250)

1 komen:

ubaidulah berkata...

man bila nak 40 hari, ayah mu tanya..
ak klua sabahsrwak kot cuti skolah ni..

Ruang Iklan

Klik sini untuk jadi agen topup EasyReload

Waktu Malaysia

Waktu Yaman

Waktu Solat

Chat Sikit..

Dari Mana?