Iklan

Tinggal Kenangan..

Ahad, 25 April 2010

Yaman Mogok?

Harini 25hb April,rakyat Yaman mulai mogok atas kejatuhan nilai matawang Riyal Yaman yang mana 1usd kini bersamaan 225riyal..(sekitar tahun 2009 1usd bersamaan 200riyal)

Baru semalam sahaja mereka meraikan sambutan ulangtahun penyatuan Yaman Utara - Yaman Selatan, hari ini mereka terus menyatakan hasrat mereka ingin menaikkan semua harga barang, terutamanya tambang kenderaan awam.

Purata jumlah kenderaan awam di Yaman adalah 60%. Rakyat Yaman lebih memilih untuk menaiki kenderaan awam daripada memiliki kenderaan sendiri, meskipun harga kenderaan di sini jauh lebih murah dari di Malaysia.

Malangnya pada hari ini, hampir 90% kenderaan awam di Yaman tidak menjalankan tanggungjawab mereka lantaran dikuasai perasaan marah di atas kejatuhan matawang Yaman. Mereka (pemandu2 bas n teksi) bermogok dengan tidak menawarkan khidmat mereka atas alasan mahukan harga tambang dinaikkan.

Maka dengan itu muncullah kenderaan awam tanpa lesen iaitu van pick up mengambil kesempatan atas ketiadaan kenderaan awam..(gambarnya akan datang..)

Akibatnya,berlakulah banyak pergaduhan antara mereka. Makcik2 yang sebelum ini tenang menaiki bas,hari ini sudah pandai menengking pemandu2 yang tanpa segan silu menaikkan harga tambang. Walaupun kenaikkannya tak seberapa(cuma naik 20sen) tapi ia amat dirasai kerana pengangkutan awam adalah alat utama untuk mereka bergerak kemana2.

Ok,ada masa saya akan masukkan gambar fenomena mogok Yaman ke dalam post ini..
Selasa, 23 Mac 2010

Luahan hati seorang pelajar di Yaman..

Pengalaman bersama orang Yaman

Assalamualaikum...Addirani baru jer balik dari sebuah institut bahasa kat sini...
Addirani berada di luar negara ini (Yaman) sudah memasuki tahun ke 3. Selama hampir 3 tahun ini Addirani rasa sungguh sedih apabila melihat & berurusan dengan bangsa arab. Sebahagian besar mereka ini suka menyusah & melambat-lambatkan urusan terutamanya apabila berurusan dengan orang wafidin (orang luar). Ini lah sifat yang tidak patut ada pada kita sebagai orang Islam. Islam itu mudah tetapi sebahagian orang Islam yang suka menyusahkan urusan.
Di sini Addirani rasa ingin berkongsi satu kejadian yang menyakitkan hati ketika berurusan dengan sebahagian orang arab di sini.
Kejadian yang Addirani tidak dapat lupa ketika Addirani ingin berdaftar di sebuah universiti di sini. Pendaftar universiti itu mahu sijil mengengah Addirani dicopkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Yaman, sedangkan universiti lain tidak minta pun cop kementerian itu, cukuplah sekadar Kementerian Luar Yaman. Addirani bersama kawan lama pergi ke kementerian itu dan minta dicopkan sijil. Apabila Addirani tiba di kementerian itu, Addirani terpengun melihat suasana yang sungguh tidak dapat dibayangkan. Suasana seperti sebuah pasar yang kalut dan tidak dapat dikawalkan. Siapa yang kuat & berani dialah yang dapat berurusan dahulu. Addirani melihat ada kuanter untuk wafidin (orang luar) namun tiada seorang pun petugas di kaunter itu. Addirani buatlah seperti arab lain dengan sekuat tenaga yang ada Addirani menuju ke hadapan kaunter yang ada petugas dan meminta dicopkan sijil, tetapi petugas itu meminta pula dari Addirani surat dari universiti. Addirani agak marah dan mula mninggi kan suara, namun tidak dilayan. Addirani pulang ke universiti dan minta surat dari pendaftar itu, namun pendaftar itu memberi alasan bahawa dia tidak dapat mengeluarkan apa-apa surat kerana Addirani belum berdaftar. Addirani rasa sungguh marah dan sedih. Sehingga bila urusan mahu selesai kalau begini???pendaftar mahu dicopkan dulu baru boleh daftar dan dikeluarkan segala surat menyurat, kementerian mahu surat dari universiti. Kedua-dua petugas ini berkeras kepala tidak mahu mengalah. Akhirnya selamat tinggal lah universiti itu. Addirani langsung tidak berdaftar di universiti itu.
Kesabaran perlu ada ketika berurusan dengan arab. Perkara tangguh itu perkara biasa. Perkataan "Bukrah" itu wajib dengar ketika berurusan dengan mereka. Bukrah maksudnya esok tetapi esok arab esok yang tiada penghabisan, kadang-kadang esok itu boleh sampai sehingga setahun. Kalau mahu cepat atau segera perlu bertengkar atau membawa orang arab yang ada pangkat seperti pegawai tentera dan sebagainya. Ini ketika berurusan dalam pejabat, jika berurusan dengan pekerja cara lain pulak.
Beginilah cara berurusan dengan sebahagian orang arab yang tidak pernah melihat dunia luar & berkeras hati. Walau bagaimanapun Addirani rasa sungguh beruntung kerana berada di Yaman ini kerana Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: ((selembut-lembut hati adalah orang Yaman)) & ((Iman itu di Yaman & hikmah itu juga di Yaman)).
Ada seorang syeikh sedang mengajar hadis ini kepada kami. Bangsa Arab Yaman seperti berbangga dengan hadis ini, namun syeikh itu berkata bahawa itu ketika zaman Nabi, sekarang sudah tidak ada lagi. Walaupun syeikh itu berkata begitu namun masih nampak akan kelembutan hati mereka berbanding dengan arab negara lain.
Addirani berharap agar sesiapa yang mahu berurusan dengan bangsa arab diharapkan agar banyak-banyak bersabar kerana memang begitu sifat mereka. Kita yang bukan bangsa arab perlu tunjukkan kelembutan kita tetapi kadang-kadang perlu juga berkeras.


Isnin, 1 Februari 2010

k3NdUri R4ziN


Hari tu, kami budak2 rumah ada dapat duit sikit kan. Ceritanya begini, Razin dapat duit zakat, so dia sponsor la kami satu rumah makan2 kat luar. Sume pergi, masing2 tgh pokai, dpt makan free plak, ape agi?



Lokasinya di Remas Restaurant yang terletak di 70 Street berhampiran President Mosque. Mula2nya ada ahli rumah yang cadangkan supaya pergi Bait Midhyaf. Tapi hasil keputusan mesyuarat, Remas terpilih.


Sebelum berangkat tu, kami buat bacaan Yasin dan sedikit tahlil untuk saudara Razin dan untuk keamanan Yaman. Selepas solat Maghrib berjemaah, driver kedua kami, Uncle Abduh datang menjemput kami di depan rumah.


Solat berjemaah sebelum bacaan tahlil dan yasiin
.........................................................................................................


 
Sewaktu bacaan yasin n tahlil..time ni tengah black out, tu yg ada lilin..
...........................................................................................



Setibanya di Restoran Remas
..................................................................................................



Sebelum hidangan sampai..
..............................................................................................



Pizza baru sampai..
.....................................................................................................



Sedang menikmati hidangan...
......................................................................................................


Hati tenang lepas makan..Ni la Razin yg sponsor kami..
..................................................................................................



Bersama pemuda2 arab Yaman
..................................................................................................


 
Di hadapan Restoran Rimas
..................................................................................................



Sekali lagi posing..
.................................................................................................






Sabtu, 30 Januari 2010

RuM4H b4Ru

Alhamdulillah.. Setelah penat kami berperang dengan tuan rumah sewa kami sebelum ni (Mohamad) berjaya juga kitorang lepaskan diri dari penipuannya selama ini..

Kat umah lama kami tu sebulan sewanya 60,000riyal bersamaan RM1200. Tu tak termasuk duit air dan karen lagi.. Sume sekali dekat 80,000 (rm1600)... Adui, serabut otak kami dibuatnya.. Dah la air kejap ada,lama xde... karen lak putus memanjang.. Sehari dekat 8jam kami hidup tanpa karen... Siang takpe lagi, karen tak berapa guna sangat, malam yang kami fed up tuh.. Tengah syok2 layan tv (nak ilangkan tensen blajo dari pagi sampai petang..) tetibe "PLUP" tnb yaman break down... Sume pun mula la maki2.. Ingatkan melayu je,tetengok arab lagi teruk duk menyumpah..yaman...yaman...


Mail xpdc dgn kotak2nya..
......................................................................................................


Sebulan sebelum kami pindah, tuan umah tu senang2 naikkan harga sewa.. Dari rm1000 jadi rm1200.. Time tu kami sume nak angkat parang dah, tapi nasib bek sume iman kuat lagi.. Kami bertahan lagi sebulan (wat rancangan baek punya....)


 Setibanya di rumah baru..
..................................................................................................


Bila dapat je info umah kosong untuk disewa, kami cepat2 mesyuarat.. Umah baru ni sewanya rm900. Walaupun tak berapa murah, kami cukup selesa.. bilik ada 4, cukup la untuk kami 15 orang berteduh di yaman ni.. Yang bestnya tuan umah ni sporting giler..datang tengok kami tiap bulan oo..(amik duit umah le tu..)Dia tak la banyak karenah macam tuan umah sebelum ni. Kalau kami takde duit pun dia bagi tangguh..



Mereka dengan barang2 mereka..
....................................................................................................


Kami bersyukur la dapat blah gak dari umah lama tu,walaupun terpaksa perang sengit ngan mamat penipu nuh. Mula2 dia tak bagi kami pindah coz bagi dia, kami la sumber keuntungan dia.Penyewa umah sewa dia yang len tu diorang wat lebih kurang ngan tuan umah.Bayar ke tak ntah..Kami ni setiap awal bulan terus bayar,nak jaga nama Malaysia la..Tetengok mamat tu naik kepala lak, wat  naik harga sewa sedap2, pastu bohong2 lak pasal air ngan karen.. Ikutkan air dan karen sebulan cuma rm200 je, ni dia kapak sampai rm600.. Ingat kami tukang cop dwet ke?!!!



 
Syafiq, lebih dikenali dgn panggilan Pak Kiyai bersama Ahmad sedang packing barang..
........................................................................................


Masa pindah hari tu, kami guna 3 lori tayar6...sib bek takde kontena nak wat sewa..kalau tak angkut je..senang citer...tak yah ulang2 banyak kali..Nak lepas lori pertama tu,tuan umah wat tak tau je, masuk lori kedua,,,,, kami terpaksa berperang lak ngan mamat nuh..Hasan yang selama ni nampak cool, tertonjol keberangannya.. Pintu umah lama tu skiiit je lagi nak hancur...Dengan bergadaikan pasport,henpon n dompet,dapat la lepas lori kedua..Masuk je lori ketiga,tuan umah dah serabut kepala.."Hilangla duit aku...mane lak aku nak korek pas ni..." :(   Kami sume dah standby parang,tau dah yang last ni paling sengit..



Buat2 rajin la pulak..
........................................................................................................


Mamat tu parking lori dia baek punya depan lori kami, tak bagi kluar la tuh..Kami tau dah,ni msti bab duit punya..Arab Sana'a,mana ada yang tak mata duitan...duit...duit..Gaduh punya gaduh,kena jugak la kami bayar 70,000..Ada ke patut, umah tak duduk,tetap kena bayar duit sewa..huh..Tak cukup lagi, dia naik umah kami tengok kerosakan lak,mintak lagi 15,000..Padahal rosak sikit je pon...Hampeh tol mamat nuh..Nak blah punya pasal,bayar gak la..Dari 85,000, dapat la kurang sampai 75,000...Tu pun dia tak puas hati lagi,dah kena maki baru senyap..Arab...arab..




Mamat2 telaga
....................................................................................................

Bahagian wiring..
....................................................................................................

Operasi gembur tanah untuk landskap..Kesian kat diorang,takde cangkul..kayu pun jadi kerja..
........................................................................................................



Ruang Iklan

Klik sini untuk jadi agen topup EasyReload

Waktu Malaysia

Waktu Yaman

Waktu Solat

Chat Sikit..

Dari Mana?