Iklan

Tinggal Kenangan..

Ahad, 20 Disember 2009

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

Ingatkah lagi anda berkenaan dengan isu kematian Beng Hock yang mendapat perhatian yang begitu meluas?

Di sini dapat dilihat penglibatan yang sangat agresif dalam kalangan pemimpin politik seperti dari MCA, Gerakan, dan DAP.Ketua wanita MCA mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan sebagai sah taraf dan bukan anak luar nikah sedangkan mereka belum berkahwin.

Persoalannya disini mengapa begitu ramainya perempuan melayu yang telah melahirkan anak hasil daripada zina tidak pula ingin dibela seperti kes tadi. Apa yang HARAM adalah haram. Malaysia dikatakan tidak mengamalkan kebebasan beragama, bukan sahaja didalam negeri tetapi turut dihebahkan oleh pengkhianat bangsa(yang ingin membentuk kerajaan satu ketika dahulu) sehingga keluar Negara semata-mata untuk menagih simpati dan memburuk-burukkan tanah air sendiri.

Sedangkan kita semua sedia maklum rumah ibadat orang bukan islam(hindu, Buddha dan kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau(fakta). Jumlah kuil sahaja telah melebihi masjid dan surau ini belum dicampurkan dengan agama lain. Sedangkan kita sedia maklum bahwa islam adalah agama rasmi persekutuan Negara dan rakyat islam adalah majority.

Pada hemat saya berfikirlah wahai orang bukan melayu islam, jangan bangkitkan isu agama yang suci yang dikawal selia oleh raja dan sultan , tolong hormati kepentingan kami. Seterusnya para sultan perlu bergerak aktif jangan sekadar duduk selesa membiarkan agama kita dicalar hari demi hari.

Kes murtad di Malaysia semakin meningkat di Malaysia. Malaysia seharusnya serius menyebarkan fahaman sebenar dalam khalayak ramai agar tidak dipandang serong. Nah, isu fateen yang berkahwin dengan warga british (sesama lelaki) sungguh memalukan. Gerakan dakwah agama lain juga semakin hebat terutamanya di Sabah.

Mungkin anda merasa bosan untuk membacanya lagi tetapi percayalah bahwa melayu seakan-akan terhimpit dibumi sendiri. Pernahkan anda terfikir barangan apa yang anda guna seharian??? Makan, minum dan sebagainya adakah produk islam yang halal. Saya syorkan anda membuat kajian yang teliti bagi setiap barangan yang dibeli, bahan2, pemilik dan sebagainya. Kini banyak syarikat pengeluar bukan melayu islam berani menggunakan nama islam/melayu untuk mengaburi mata kita.



Sedarlah wahai bangsaku!!! Wang yang kita laburkan tidak dapat membantu bangsa kita sendiri sebaliknya kita dipijak. Situasi ini banyak kita lihat terutamanya dikawasan perumahan terutamanya di pantai barat semenanjung. Walaupun kawasan melayu tetapi kedai2 yang dibuka kebanyakan dari bangsa lain. Ayuh, mana semangat kita, kita tidak mampu berdiri sendiri??

Memang tidak dinafikan bahawa melayu kekurangan modal. Oleh itu, golongan melayu koporat perlu mengambil peranan segera. Sokonglah syarikat melayu seperti co-halal, permata hijrah dan lain2. Pernahkah anda terfikir adakah syarikat melayu yang menjadi pengeluar bahan mentah seperti sayur, ikan ataupun barang2 runcit. Sangat kurang!!! Dimana kita setelah 53 tahun merdeka ???

Kita masih lagi leka.. memang melayu mudah lupa.. tetapi kita perlu sedar segera dari sekarang. Kita tidak mampu mengeluarkan beras untuk diproduksikan sebaliknya bangsa lain mengambil keuntungan menjual beras dari setiap pelusuk Negara, bagaimana pula dengan gula, susu, dan lain2 keperluan asas. Adakah anda masih tidak sedar melayu dimana?????

Kita hanya pengguna dan juara dalam politik. Sungguh bermurah hati wahai melayu jangan sehingga melukut di tepi gantang. Melayu hanya mampu menggamit pengguna menyertai skim2 yang pelik seperti baru2 ini petronas menggunakan system pyramid. Malangnya ramai terlibat terutamanya melayu bagi mendapat keuntungan segera, pernahkah anda terfikir sama ada ia halal atau tidak??? Melalui pembacaan yang dibuat ia tidak halal kerana mempunyai ciri judi, gharar, syubahat dan lain2. Sila rujuk majalah solusi isu no.13, terdapat artikel berkenaan perkara ini.

Saya menyeru kita sebagai yang prihatin tolonglah sedarkan bangsa kita walaupun dari mana bidang anda berada, mulalah segara, yang penting,
TOLONGLAH RAJIN MEMBACA AKHBAR terutamanya MINGGUAN MALAYSIA dan majalah2 ilmiah lain, kerana ia menekankan isu bangsa kita sendiri. Jangan berlengah lagi, tanah melayu semakin lama semakin berkurangan diambil orang, dijual. Melayu malas mengusahakan tanah dikampung dan dibiarkan hutan lebat. Tolonglah wahai anak2 yang terbuka minda yang luas buatlah satu lonjakan paradigma segera membantu bangsa kita ini.PERPECAHAN BANGSA MELAYU juga amat serius, mengapa jadi begini? Kita seagama bantulah dan bergabung. Kita bangsa yang menganut agama islam teramai di Negara ini jadi sedarlah arah bangsa kita.

Penggabungan dengan parti pembangkang yang terlalu racist harus dielakkan segera kerana tidak memberi apa-apa manfaat kita. Tolonglah sedar, pada 19 disember 2009 akan diadakan konvensyen diantara PAS, PKR, dan DAP bagi memperolehi persetujuan membentuk satu parti. Adakah ketiga-tiga parti yang mempunyai matlamat berbeza dapat bergerak serentak.??? Fikir-fikirkanlah.. terbentuknya parti seperti ini memudahkan parti lain untuk bertapak di Kelantan dan lain-lain negeri2 lain.

Pernahkah anda terfikir pertemuan LEE KUAN YEW dengan menteri besar Pulau Pinang membawa maksud yang begitu tersirat????? Lee Kuan Yew mengajar bagaimana memenangi hati melayu dan tektik menguasai pemikiran melayu… lihat sajalah apa yang terjadi pada Perak ketika dahulu sungguh meruncing dimana PAS hanya sekadar diperkotak katikkan pabila ingin menegakkan hal2 agama di Perak.

Masih butakah anda… saya menyeru kepada bangsaku, agar janganlah terlalu kuno atau duduk setempat sahaja sebaliknya berjalanlah serata bumi melaysia ini untuk memahami situasi sebenar… saya sangat menyayangi bangsa kita… dimana semangat kita???? Saya tidak meletakkan parti mana yang terbaik, tetapi fikirlah tentang agama, bangsa dan tanah air kita ini.

Mereka DAP mempunyai hasrat menguasai Malaysia, mereka menguasai dua pulau di selatan dan utara… tidak pernahkah anda terfikir, mereka berusaha membentuk Negara republican di Negara ini dan bercita merombak perlembagaan Negara. Singapura sebagai lead telah memperuntukkan sejumlah wang yang amat tinggi dalam ketenteraan. Malahan menjadi pelaga antara Malaysia dan Indonesia tentang isu tarian pandet. Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan pimpinan islam di Malaysia bagaimana mereka masih berpeluang memegang ekonomi Malaysia, lihat saja senarai 10 orang terkaya di Malaysia siapa???? Siapa yang teramai miskin di tanah air ini??? Melayu juga!!!! Mereka masih tidak puas hati….

Menuntut pelbagai perkara… semaksima mungkin… sekurang-kurangnya mereka memperolehi sedikit. Saya memohon kepada bangsaku bantulah kerajaan. Perbaikilah mereka, Bersangka baik kepada mereka. Mengapa bangsa lain sehingga sekarang tidak dapat menerima idea sekolah wawasan(menggabungkan pelbagai bangsa) mengapa???? Masih mempertahankan SKJC, di mana mereka di bidang ketenteraan, dimana semangat mempertahankan Negara???

Kerajaan amat prihatin mewujudkan PLKN… Malaysia masih tidak adil?????Pernahkah anda terfikir nasib rakyat islam di selatan Thailand, Filipina, kemboja, afrika, Iraq, Afghanistan, palestin???? Bersyukurkah kita berada di bumi ini???? Menerima kurang bencana alam berbanding Negara lain.. fikirlah… persoalannya dimana cerdik pandai bangsa kita berada seperti dari MRSM, sekolah berasrama penuh, overseas,?? Adakah mereka tiada semangat patriotik???Sayangnya… rugi kerajaan membelanjakan wang??? Dipundak mereka terletak tanggungjawab yang besar, kalau tidak mereka siapa lagi???? Jangan ambil mudah tidak memikirkan perkara ini. Siapa lagi ingin membela jikalau tidak kita.?

Terlalu banyak fakta yang boleh dikatakan disini, anda tahu bahwa kita sangat rugi tidak tahu bahasa mandarin . Anda tahu bahwa apa yang ditulis di dalam surat kabar mereka??? Mereka kerap kali dan hampir setiap hari membangkitkan isu bangsa dan hak mereka. Mereka amat risau kita tahu berbahasa cina kerana itu kurangnya kursus bahasa cina disediakan.

Sedarlah bangsa ku… walaupun kata2 ini begitu pedih tetapi sedarlah bangsaku.. saya tidak mengatakan semua bangsa tersebut racist tapi anda sendiri boleh menggunakan akal berfikir. kita perlu bangun.. sokonglah produk islam seperti safi, shurah, mukmin walaupun bukan sepenuhnya melayu islam tetapi terdapat kerjasama, kita perlu berusaha dari bawah. Kalau anda ingin tahu .. pernah tak anda dengar HPA???? Ia merupakan sebuah syarikat islam melayu sepenuhnya dan sedang berkembang terutamnya di kedah seperti radix, rfc dan akan datang pelbagai barangan serba serbi akan dikeluarkan seperti pakaian, susu, gula, beras. Mereka pun mengakui bahwa sukar untuk menjadi pengeluar beras kerana golongan cina menyekat kemaraan mereka. Oleh itu mereka terpaksa berusaha sehingga ke selatan thailand untuk mendapat sumber beras. Oleh itu, boikotlah barangan yang tidak seharusnya kita beli.

Berapa ramai orang bukan melayu islam yang makan, minum dan membeli di kedai melayu??? Kita yang terkebil kebil membeli di kedai-kedai mereka. Jangan berlengah lagi wahai bangsa hang tuah… cubalah berusaha menyokong produk islam dari sekarang dan cuba berniaga satu hari nanti. Hindari perkara haram, berusaha secara berjemaah dan hindari dari dengki, dendam dan sebagainya. Melaburlah di dalam HPA bantu mereka wahai orang kaya islam…. Jangan lah memenuhi kepuasan diri sendiri sahaja sebaliknya duit kita adalah hak kepada ummah seterusnya.

Sekarangnya bukan masanya untuk mendoakan keburukan kepada orang islam lain yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan Negara. Anda menonton rancangan 360 di tv 3 baru2 ini, isu halal haram. Sebenarnya terlalu banyak barangan haram di Malaysia ini tanpa kita dapat
menduga. Di kedai tepi jalan, kosmetik, makanan segera, sehinggakan pihak jakim turut tidak dapat membendung mereka. Anda seharusnya cakna dengan symbol halal yang terkini, kerana symbol halal yang lama tidak diiktiraf lagi. Justeru janganlah sehingga ekonomi halalpun dipegang oleh agama lain. Seharusnya mereka tidak boleh campur tangan dalam perkara ini.

Saya memohon maaf kepada sesiapa yang terasa kerana saya tidak berniat sebegitu Cuma menegakkan apa yang benar. Sekiranya anda mempunyai komen ,cara dan pandangan sila hantar kepada alamat email saya
rid_mich1989@yahoo.com.my.

Terima kasih kerana membaca. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan agar banyak membaca seperti majalah Solusi, Al-islam, Mingguan Malaysia, I islam dan pelbagai hasil tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee, dr. Asri, dan pahrol Juoi. Tunggulah artikel yang seterusnya.. saya meyeru agar sebarkan artikel ini..

(sebahagian fakta diperolehi dari Dr. Mohd Ridhuan Tee memiliki Phd dalam Cina diMalaysia)


0 komen:

Ruang Iklan

Klik sini untuk jadi agen topup EasyReload

Waktu Malaysia

Waktu Yaman

Waktu Solat

Chat Sikit..

Dari Mana?